Cute Light Pink Flying Butterfly

Thursday, 29 September 2016

pengenalan diri

Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera, salam perpaduan,  salam satu ptsb dan diakhiri salam satu Malaysia. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi  dengan limpah dan kurniaNya kami dapat menjalankan tugasan yang diberikan iaitu Pengurusan dalam Islam kod DUA2022  dengan jayanya.
ahli kumpulan yang terdiri daripada : 


Azmer Nazhan Bin Mohd Seh, 
Noor Hazlia Binti Abu Hassan, 
Nur Azierah Binti Ramli, 
Nurul Adila Binti Romzee, 
Siti Norsuhaiza Binti Che Azmi.
Kami dari kelas DPR 2A diploma PEMASARAN semester kedua . 

Pendahuluan

Pendahuluan
Organisasi adalah suatu kelompok orang yang bekerjasama untuk tujuan bersama.
Sedangkan secara  terperinci pengertian organisasi adalah sebagai tempat atau wadah untuk orang berkumpul dan  berkerja sama secara rasional dan sistematik , terencana, terpimpin, dan terkendali, dalam memanfaatkan sumber daya yang baik yang digunakan secara efektif untuk mencapai tujuan organisasi .Untuk  pengetahuan semua , organisasi sebenarnya berasal dari bahasa Yunani, iaitu ‘organon’atau dalam  bahasa Latin disebut ‘organum’ yang ertinya alat , bahagian , atau anggota badan . Organisasi juga  boleh dikatakan sekumpulan, individu, kelompok yang mempunyai tujuan, visi & misi tertentu untuk  menampung / menyalurkan fikiran atau pendapat yang tidak sama (dengan kata lain berbeza).

Organisasi merupakan susunan dan hubungan antara setiap bahagian mahupun posisi yang terdapat pada sebuah organisasi atau perusahaan dalam menjalankan kegiatan-kegiatan operasinya dengan  maksud untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya.Struktur organisasi dapat  menggambarkan secara jelas pemisahan kegiatan dari pekerjaan antara yang satu dengan kegiatan  yang lainnya dan juga bagaimana hubungan antara aktiviti dan fungsinya yang dibatasi. Di dalam  struktur organisasi yang baik harus dapat menjelaskan hubungan antara siapa yang melapor atau  bertanggungjawab kepada siapa, jadi terdapat suatu tanggungjawab yang akan di kerjakan.

Organisasi adalah bentuk formal dari sekelompok manusia dengan tujuan individualnya masing-masing yang bekerjasama dalam suatu proses tertentu untuk mencapai tujuan bersama. Tujuan  organisasi dan tujuan individu dapat tercapai secara selaras dan harmoni maka diperlukan kerjasama dan usaha yang bersungguh-sungguh dari kedua dua belah pihak untuk bersama sama berusaha  saling memenuhi kewajipan masing – masing sacara bertanggungjawab, sehingga pada saat masing-masing mendapatkan haknya dapat memenuhi rasa keadilan baik bagi anggota organisasi mahupun  bagi pengurus organisasi.




   
Maksud:

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.  Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah  (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari  kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Ciri ciri organisasi yang baik


a.) Tujuan bersama

tujuan bersama merupakan ciri utama yang membezakan dengan kelompok . bahkan salah satu pengertian organisasi diatas menjelaskan bahawa tujuan organisasi harusnya diumumkan dan disuarakan oleh pemimpin atau yang diakui sebagai orang yang pantas didengar . akan tetapi tidak bisa disangkal bahawa tiap anggota pasti memiliki tujuan-tujuan peribadi yang tidak persis sama dengan anggota lainnya, tapi mereka berkumpul disebabkan tujuan organiusasi tersebut merupakan bahagian dari tujuan-tujuan mereka dalam hidup dan bahkan saat tujuan rganisasi belum tercapai, pencapaian mereka terhadap tujuan peribadi sudah hampir tercapai .

organisasi yang sangat teguh dan erat adalah yang memiliki tujuan yang sama dengan tiap anggotanya apatah lagi anggota mereka yang berada di tataran bawah. contohnya organisasi seperti perusahaan bisnes yang menghasilkan keuntungan untuk memperkaya diri mereka dan memberi makan dan hidup kepada para anggota . semua anggota jelas memiliki tujuan yang sama sehingga akan terus mendorong mereka untuk bekerja sama dengan keras dan kukuh contoh yang lain adalah organisasi minat dan bakat seperti Kelab Catur dan Persatuan Mahasiswa .


tujuan merupakan arah atau sasaran yang dicapai. tujuan menggambarkan tentang apa yang akan dicapai atau yang diharapkan. tujuan merupakan titik akhir tentang apa yang harus dikerjakan. tujuan jua menggambarkan tentang apa yang harus dicapai melalui prosedur, program, pola (network) 


Dapat menetapkan visi dan misi dalam sesebuah organisasi bagi mencapai satu matlamat yang membawa ke arah kecemerlangan :


VISI adalah pandangan jauh tentang suatu perusahaan ataupun lembaga dan lain-lain visijuga dapat dimaksudkan sebagai tujuan perusahaan atau lembaga dan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai tujuanya btersebut pada masa yang akan datang atau masa depan. misi adalah pernyataan tentang apa yang perlu dilakukan oleh lembaga dalam usahanya mewujudkan misi


MISI  perusahaan adalah tujuan dan alasan mengapa perusahaan itu ada. misi juga akan memberikan arah sekaligus batasan proses pencapaian tujuan. misi merupakan sesuatu yang nyata untuk dituju serta dapat pula memberikan petunjuk garis besar cara pencapaian visi . penyataan misi memberikan keterangann yang jelas tentang apa yang ingin dituju serta kadangkala  memberikan pula keterangan tentang cara lembaga kerja.


b.) Pembahagian tugas

pembaahagian   kerja adalah sangat mustahak kerana ianya mempunyai hubungkait dengan rapi dengan peningkatan produktiviti dan boleh mengurangkan beban tanggungjawab pekerja. dengan pembahagian kerja yang betul pekerja-pekerja boleh menumpukan perhatian lebih di dalam sesuatu tugas yang telah dikhaskan . contohnya, dalam organisasi pembuatan wujudnya bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran terdapat beberapa unit lain seperti pemasaran dan kewangan . Organisasi ini akan berjalan lancar sekiranya semua kakitangan membuat tugas seperti yang telah diberi dan ditugaskan dengan sepenuhnya  .

dalam sebuah organisasi yang formal, pembahagian tugas sesuai dengan kapasiti dan kemampuan anggota sangatlah penting untuk mencapai tujuan organisasi dan mampermudahkan pencapaian tujuan para anggota organisasi secara peribadi demi mencapai tujuan bersama dan tujuan peribadi demi keberlangsungan dan kejayaan sesebuah organisasi. 

terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan Aatau bahagian  yang wujud. pada umumnya organisasi pembuatan wujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran .di bahagaian pentadbiran terdapat beberapa unit seperti personel, pemasaran, dan kewangan . organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikutv tanggungjawab yang tertentu .

Pembahagian tugas dan tanggungjawab perlulah ada didalam sesebuah organisasi. sebagai contoh,  Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai beberapa unit dan bidang tugas yang berbeza. Di bahagian  pentadbiran mungkin ada unit latihan, unit cuti dan unit penguatkusaan. Dibahagian lain pula,  terdapat unit untuk pengeluaran passport, visa kerja dan unit pembaharuan passport dan visa. Semua unit dan bahagian ini bekerja dan bergerak mengikut bidang tugas masing-masing. 


Dengan adanya organisasi maka tugas dan kedudukan masing-masing orang atau pihak hubungan satu dengan yang lain akan lebih jelas, dengan demikian kesimpulan pekerjaan yang berganda dan sebagainya akan dapat di hindarkan. Dengan kata lain tanpa orang yang baik mereka akan keliru tentang apa tugas-tugasnya  dan bagaimana hubungan antara yang satu dengan yang lain. 


   Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian- bahagian seperti bahagian  pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel ,pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu  beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

c.) Melambangkan identiti tersendiri

c.) Melambangkan identiti tersendiri

Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuk politeknik seharusnya melambangkan tempat untuk  menimba ilmu , sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbimgan atau khidmat  nasihat , dan pengajaran dan pembelajaran lain.

Misalnya, sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan  yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai  objektif       tertentu.   


Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah Menara gading,  universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya.Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan  organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. Misalnya,  sebuah Pejabat Perbandaran Tempatan seharusnya ada perkihdmatan menyediakan perkhidmatan  perbandaran untuk orang ramai. Seperti bahagian kecerian taman rekreasi, kemudahan pembayaran  bil setempat dan urusan kaunter aduan. Semua jenis perkhidmatan ini perlu diselaraskan untuk  memudahkan orang ramai untuk sebarang urusan. 

Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. Misalnya,  sebuah pusat pengajian tinggi termasuk politeknik seharusnya melambangkan tempat untuk  menimba ilmu , sebagai sebuah pusat penyelidikan , dan juga sebagai institusi yang memberikan  perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan dan khidmat  nasihat , pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain .

Bagi mencerminkan identiti sebuah menara gading , institusi pengajian perlu memainkan peranan  yang diharapkan oleh para pelajar. Setiap institusi mempunyai visi dan juga misi yang berlainan. Visi dan misi yang dibuat sepatutnya dilaksanakan dengan betul agar apa yang diingini pada masa hadapan tercapai. Dengan ini ianya dapat mebezakan antara organisasi-organisasi yang ada di negara kita mahupun di luar negara . 

d.) Hierarki akan tingkat autoriti

d.) Hierarki akan tingkat autoriti
Didalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau           tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar,                 sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktivitidan bilangan kakitangan
 pengurusan pada setiap peringkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada  tiga tingkat autoriti akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi .

Tujuan diwujudkan sistem hierarki dalam organisasi birokrasi adalah untuk membina sistem rantaian arahan yang tersusun. Dengan adanya hierarki ini, segala rancangan dapat disatukan dan pemusatan  pembuatan keputusan dapat dijalankan. Begitu juga dengan halnya bagi pengkhususan fungsi,   dengan adanya pengkhususan setiap jabatan dalam organisasi dapat menjalankan fungsi mereka masing-masing. Kedua-dua langkah bertujuan mengelak adanya  bidang kuasa yang bertindih  di  antara satu sama lain. Dari segi layanan ke atas pekerja-pekerja pula, teori birokrasi mengambil pendekatan tidak dipengaruhi perasaan dan bersifat peribadi  (impersonal), objektifnya ialah untuk mengurangkan pekerja menghabiskan masanya dengan  berborak sahaja serta mengurangkan pekerjaan yang dijalankan dengan sewenang-wenangnya dan tidak konsisten. Pendekatan ini adalah untuk memastikan setiap pekerja dilayan dan diperlakukan secara sama rata.

Hierarki dan definisi tanggungjawab adalah merupakan ciri penting birokrasi dalam membantu   pengurusan tempat kerja yang tersusun. Lakaran prinsipal terhadap semua tugas haruslah jelas dan  harus disusun dalam bentuk hierarki. Dengan adanya hierarki dan spesifikasi tugas ini, ianya dapat  memberi kekuatan terhadap organisasi birokrasi kerana ia dapat memantapkan lingkungan kuasa  yang ada pada jabatan, program, unit kecil dan bagi setiap pekerja itu sendiri. Salah satu lagi  kelebihannya disini ialah setiap pekerja amat jelas serta tahu kerja dan tugas harian yang patut  dilakukan oleh mereka, tanpa perlu bergantung kepada arahan untuk melakukan sesuatu tugas  daripada pihak lain. Sebagai contohnya disini seorang pekerja yang telah tahu tugas yang harus  dilakukannya boleh terus melakukan kerja rutinnya tanpa perlu disuruh atau bertanya berkali-kali kepada orang atasannya tentang apa kerja yang harus dilakukannya lagi.

Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi  bilanganhierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitanganpengurusan pada setiap tingkat.   Misalnya,organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dansetiap tingkat  autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab
kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.


Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya.Dengan sendirinya 
pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja.Pengurus akan memilih kerja atau 
tugasan yang sesuai untuk di serahkan kepada pekerja.Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab 
tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing.Dalam memberikan kerja,seseorang pengurus  mesti memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi membolehkan mereka menjalankan  tugas dengan cekap dan berkesan.Kuasa yang di berikan perlulah wajar dengan autoriti kerja,sudah  tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti.Kejayaan  penurunan kuasa samada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak  sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.

Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau pembantunya dalam  kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor pengukuhan kemahiran kemanusiaan.Ketua  atau pemimpin adalah juga manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad.Sudah tentu mereka  tidak mampu untuk memikul segala galanya tanpa menyerahkan setengah urusan pentadbiran kepada gabenornya untuk di selesaikan. Pada ketika itu gabenor bertindak selaku wakil kepada pemimpin. Selanjutnya,amalan penyerahankuasa ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa yakin gabenor  terhadap keupayaan diri dan kepercayaan ketua terhadapnya.Ini akan lebih mendorong seseorang  yangmendapati tangungjawab  menjalankan tugas dengan penuh amanah,dedikasi dan tekun.    







Cute Light Pink Flying Butterfly Cute Light Pink Flying Butterfly Cute Spinning Flower Blue