Cute Light Pink Flying Butterfly

Thursday, 29 September 2016

b.) Pembahagian tugas

pembaahagian   kerja adalah sangat mustahak kerana ianya mempunyai hubungkait dengan rapi dengan peningkatan produktiviti dan boleh mengurangkan beban tanggungjawab pekerja. dengan pembahagian kerja yang betul pekerja-pekerja boleh menumpukan perhatian lebih di dalam sesuatu tugas yang telah dikhaskan . contohnya, dalam organisasi pembuatan wujudnya bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran terdapat beberapa unit lain seperti pemasaran dan kewangan . Organisasi ini akan berjalan lancar sekiranya semua kakitangan membuat tugas seperti yang telah diberi dan ditugaskan dengan sepenuhnya  .

dalam sebuah organisasi yang formal, pembahagian tugas sesuai dengan kapasiti dan kemampuan anggota sangatlah penting untuk mencapai tujuan organisasi dan mampermudahkan pencapaian tujuan para anggota organisasi secara peribadi demi mencapai tujuan bersama dan tujuan peribadi demi keberlangsungan dan kejayaan sesebuah organisasi. 

terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan Aatau bahagian  yang wujud. pada umumnya organisasi pembuatan wujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran .di bahagaian pentadbiran terdapat beberapa unit seperti personel, pemasaran, dan kewangan . organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikutv tanggungjawab yang tertentu .

Pembahagian tugas dan tanggungjawab perlulah ada didalam sesebuah organisasi. sebagai contoh,  Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai beberapa unit dan bidang tugas yang berbeza. Di bahagian  pentadbiran mungkin ada unit latihan, unit cuti dan unit penguatkusaan. Dibahagian lain pula,  terdapat unit untuk pengeluaran passport, visa kerja dan unit pembaharuan passport dan visa. Semua unit dan bahagian ini bekerja dan bergerak mengikut bidang tugas masing-masing. 


Dengan adanya organisasi maka tugas dan kedudukan masing-masing orang atau pihak hubungan satu dengan yang lain akan lebih jelas, dengan demikian kesimpulan pekerjaan yang berganda dan sebagainya akan dapat di hindarkan. Dengan kata lain tanpa orang yang baik mereka akan keliru tentang apa tugas-tugasnya  dan bagaimana hubungan antara yang satu dengan yang lain. 


   Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian- bahagian seperti bahagian  pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel ,pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu  beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

No comments:

Post a Comment

Cute Light Pink Flying Butterfly Cute Light Pink Flying Butterfly Cute Spinning Flower Blue